Belajar Computer Dunia Maya

Jumat, 25 November 2011

Konsep Metodologi Mazhab-Mazhab Empat


1. Mazhab Hanafi
Mazhab ini merupakan mazhab yang boleh dianggap sebagai mazhab yang paling awal sekali lahir yang diasaskan oleh Imam al-Nu'man Ibn Thabit Ibn Zuta al-Taimi al-Kufi yang berasal daripada keturunan Parsi. Beliau merupakan tokoh yang menjadi sentral dari tokoh-tokoh aliran fikiran yang mendominasi daerah Iraq yang melahirkan metodologi hukum tertentu.
Dalam melakukan ijtihad sama dengan guru-gurunya yang lebih terbuka menggunakan fikiran, Ianya sangat terbuka pula dalam menggunakan fikiran dalam ijtihadnya, sehingga tidak jarang beliau mengeluarkan pandangan-pandangan yang tidak jarang menimbulkan kontroversil dengan pandangan-pandangan yang sudah ada , sehingga Imam Hanafi lebih dikenal dengan mujtahid yang lebih banyak berpijak pada ra'yu.
Sedangkan konsep metodologi istinbat hukum, Imam Hanafi berpegang pada:
1.     Al-Qur'an secara tegas, menurutnya al-Qur'an merupakan lafaz dan ma'na sekaligus sehingga orang yang melakukan sholat dengan menggunakan bahasa Persi tetap sah dan boleh seperti yang diungkapkan As-Sarkhasi
2.   As-Sunnah, dalam berpegang kepada Sunnah, Imam hanafi terkenal dengan sikapnya yang hati-hati. Beliau berpegang kepada hadis Ahad dengan beberapa persaratan, sedangkan hadis yang sampai pada tingkatan Masyhur dan Mutawatir, Ianya menerima tanpa ada persaratan.
3.     Ijmak, yaitu kata sepakat para ulama
4. Pendapat Sahabat, kerana sifatnya yang dipindahkan dari Rasulullah dan bukannya berdasarkan kepada ijtihad mereka, sehingga beliau tidak menerima pendapat Tabi'in dan lebih memilih berijtihad sendiri .
5.  Al-Qiyas, di dalam menggunakan Qiyas ini sebagai sumber hukum, Imam Hanafi telah mencapai rekod yang sangat tinggi, bahakan sebahagian besar dari penonjolannya sebagai seorang tokoh Fiqh adalah berasaskan kepakarannya dalam menggunakan kaedah Qiyas, hal ini merupakan implikasi dari ketatnya Abu Hanifah dalam menerimaan dan penerimaan Hadis Ahad serta banyaknya masalah di Iraq yang timbul bertambah dan berbagai-bagai. Bahakan menurut kaedah Imam Abu Hanifah, seandainya terdapat dalil yang kurang diyakini datang daripada Rasulullah, beliau lebih mengutamakan qiyas, atau kaedah analogi.
6.   Istihsan, ianya merupakan hujah hukum yang setelah Qiyas yang digunakan Imam Hanafi. Dalam hal ini kadangkala Imam Hanafi meninggalkan Qiyas dengan sebab ada nas hadis yang sahih, athar Sahabat, dan kebiasaan yang terjadi dalam Masyarakat dikeranakan Qiyas dahir tersebut dalam penelitiannya tidak mengandungi maslahah dalam sebahagian juz-juznya . Dengan demikian boleh diertikan bahawa Istihsan ialah meninggalkan Qiyas Jali dan berpaling kepada Qiayas Khafi dikeranakan implikasi hukumnya kurang relevan terhadap maslahah, sehingga dapat diertikan bahawa istihsam merupakan upaya untuk mencari hakikat ( roh ) hukum berdasarkan kaedah-kaedah umum yang berkaitan dengan Objektif Syari'at. Bahakan menurut Muhammad Ibn al-Hasan, Imam Hanafi telah menggunakan Istihsan secara meluas berbanding imam Mujtahid lain.
7.  'Urf, seperti yang telah dijelaskan di atas, bahawai Imam Hanafi juga meninggalkan Qiyas dikeranakan tidak sesuai dengan kebiasaan masyarakat, sehingga dapat disimpulkan bahawa Imam Hanafi juga mengambil kira sebagai hujah, walaupun menurut Imam Sarkhasi 'Urf di sini ialah yang tidak bercanggah dengan nas.
2. Mazhab Maliki
Hampir bersamaan dengan lahirnya mazhab Hanafi di Iraq, di daerah Madinah terdapat suatu kumpulan lain yang mengadakan halaqat di bawah pinpinan Imam Malik, yang kemudiannya melahirkan Mazhab Maliki. Jelaslah bahawa mazhab ini digagas oleh Malik Ibn Anas Ibn Malik Ibn Amir.
Sebagaimana lahirnya Mazhab Hanafi di Iraq yang meneruskan dan memperkuat metodologi gurunya yang beraliran Ra'y, maka di Madinah Imam Malik juga meneruskan model berfikir dan metodologi guru-gurunya yang beraliran Athar. Sehingga beliau sangat berhati-hati dalam memberikan fatwa dan beliau tidak akan cuba menjawab apabila belum jelas baginya serta tidak akan menjawab apa-apa persoalan kecuali yang telah benar-benar berlaku . Sehingga Imam Malik lebih dikenal dengan ulama yang beraliran Athar.
Sedangkan konsep metodologi istinbat hukum, Imam Malik berpegang pada
1.   Al-Qur'an dan As-Sunnah, hal ini sama dengan Imam-imam yang lain yang juga meletakkan kedua-duanya sebagai hujah yang tidak dipercanggahkan, hanya saja beliau lebih banyak menggunakan dasar keduanya berbanding yang lainnya, sehingga beliau lebih dikenal dengan tokoh aliran Athar.
2.   Ijma', merupakan hujah hukum yang ketiga yang dipegang oleh Imam Malik, dalam hal ini Imam Malik berpendapat bahawa Ijma' yang dipakai ialah Ijma' para Sahabat dan para Tabi'in yang telah sah dan diakui, akan tetapi beliau tetap mendahulukan Ijama' ahli Madinah.
3.  Amal Ahlil-Madinah, dalam hal ini Imam Malik bahakan menerima dan mendahuli Qiyas, serta diutamakan daripada Khabar Wahid. Alasan beliau kerana 'Amal Ahlil-Madinah setara dengan hadis Mutawatir, yang mana riwayatnya daripada kumpulan ramai kepada kumpulan ramai pula.
4. Fatwah Sahabah, Imam Malik mengambilnya sebagai hujah dengan penilaian ianya merupakan hadis-hadis yang wajib diikuti, bahakan beliau mengikuti Fatwah Sahabah ini dalam manasik haji dengan meninggalkan amalan yang dinisbahkan kepada baginda Nabi dengan alasan bahawa sahabat tidak akan melakukan pekerjaan tersebut tanpa perintah dari nabi.
5.   Qiyas, Masoleh Mursalah dan Istihsan, ketiga-tiga hujah ini, akan dilakukan oleh Imam Malik ketika tidak dalil nas Qur'an, Sunnah serta amalan penduduk Madinah dan fatwa Sahabat.
6.   Az-Zara'i, dalil ini digunakan Imam Malik dengan cara menyekat serta mengharamkan segala jalan yang membawa kearah maksiat.
3. Mazhab Syafi'i
Dari kedua tokoh besar di atas, kemudian melahirkan Muhammad Ibn Idris as-Syafi'i sebagai pengasas Mazhab Syafi'i. Kerana dari pengalaman belajarnya Imam Syafi'i, beliau telah berguru kepada Imam Malik yang beraliran Athar serta kepada Muhammad Ibn al-Hasan yang bermazhab Hanafi dan beraliran Ra'y.
Setelah beliau kembali ke Mekkah dari perjalanannya menimba ilmu, beliau mulai merasa berkeyakinan untuk mengambil langkah berdikari dengan kaedahnya sendiri yang digariskan sebagai hasil dari penumpuan kajian beliau terhadap hal-hal yang lebih menyeluruh dalam pengajian Fiqh.
Sedangkan kaedah dan konsep metodologi Istinbat hukum Imam Syafi'i berpegang pada:
1.    Al-Qur'an dan As-Sunnah, yangmana dalam hal ini beliau sama dengan Imam-imam yang lain yang juga meletakkan kedua-duanya sebagai hujah yang tidak dipercanggahkan. Dalam menggunakan hadis beliau juga berpegang kepada hadis Ahad selagi pariwayatnya thiqah dengan tanpa persyaratan seperti yang dilakukan oleh Imam Malik dan Imam Hanafi, sehingga beliau mendapatkan gelaran dari kalangan ulama ahlul-hadis sebagai "Pembela Sunnah" .
2.    Ijmak, dalam berpegang kepada hujah ini, beliu mengertikannya dengan cara yang luas, dengan kata lain tidak hanya setakat pada Ijmak sahabat dan tabi'in ataupun Ijmak ahlil-Madinah sahaja seperti yang menurut Imam Malik. Akan tetapi beliau membatasinya permasalahn Ijmak setakat hal-hal yang inti sahaja atau hal-hal yang sudah maklum di dalam Agama bid-darurah.
3. Qiyas, bagi Imam Syafi'i ianya merupakan satu-satunya cara melakukan ijtihad dalam menentukan hukum yang tidak ada dalam ketiga hujah tersebut di atas. Bahakan menurutnya antara Ijtihad dengan Qiyas merupakan dua nama yang berma'na satu
Dalam pandangan beliau, Qiyas yang diterima ialah Qiyas yang kepada asl sahaja, iaitu asl yang bersumber daripada al-Qur'an dan as-Sunnah serta al-Ijmak, sehingga beliao tidak menerima Qiyas terhadap Qiyas .

4. Mazhab Hanbali
Salah satu dari mazahib al-arba'ah ialah mazhab Hanbali yang ajaran-ajarannya juga ramai tersebar dipelosok dunia. Pengasas mazhab ini ialah Abu Abdullah Ibn Muhammad Ibn Hanbal Ibn Hilal yang berasal dari daerah Khurasan, beliao merupakan salah satu dari beberapa murid Imam Syafi'i yang terkenal pandai, bahakan beliao telah menyumbangkan karya yang bersar daripada perkembangan ilmu, khasnya ilmu Hadis ianya telah menerusi pembukuan kitab al-Musnad. Sehingga Imam Hanbali lebih dikenal sebagai ulama hadis (muhaddis), bahakan setengah kalangan ulama ada yang berpendapat, bahawa beliao merupakan Muhaddisin bukan merupakan Fuqaha'. Walaupun bagaimanapun beliao tetap seorang ulama besar yang juga menyumbangkan dam mewariskan kepada kita pemikiran-pemikiran dibidang fiqh dan hukum dan juga terkenal telah mempunyai metodologi khas yang menjadikannya diikuti sebagai pengasas salah-satu mazhab sunni yang berkekalan sampai sekarang .
Sedangkan kaedah dan konsep metodologi Istinbat al-hukmu Imam Hanbali sama sahaja dengan Imam-imam mazahib yang lain dalam hal kehujuahan al-Qur'an, as-Sunnah dan al-Ijmak serta al-Qiyas. Hanya sahaja beliao dalam memberlakukan kedua-dua hujah nas sangat ketat, sehingga beliao juga menggunakan hadis mursal dan hadis da'if dan didahulukan daripada hasil qiyas . Sehingga boleh dikatakan bahawa beliao sangat liberal dalam memberlakukan hadis dan bentuk.
Selain beberapa sumber hukum di atas, beliao juga menggunakan fatwa sahabat dan tabi'in sebagai sumber hukum, bahakan penerimaan kedua-dua fatwa sahabat dan tabi'in tersebut telah membantu pengembangan mazhab ini. Disamping fatwa-fatwa tersebut, mazhab ini juga telah menjadikan beberapa sumber lain sebagai sumber hukum iaitu, al-Masaleh dan az-Zara'i  serta al-Istishab.

Related Post:

1 komentar:

Blogger mengatakan...

If you'd like an alternative to randomly picking up girls and trying to find out the right thing to do...

If you'd rather have women chase YOU, instead of spending your nights prowling around in crowded bars and night clubs...

Then I encourage you to view this short video to uncover a amazing little secret that might get you your own harem of beautiful women just 24 hours from now:

FACEBOOK SEDUCTION SYSTEM...

Posting Komentar

DumPueNa CARA

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management